Tuesday, April 24, 2012

Rumah Baru


Sent: Friday, 17 February, 2012 4:05 PM
To: misterijam12@gmail.com.
Subject: Kisah Rumah Baru

Selamat  malam KC, Assalammualaikum,

Saya ingin bercerita mengenai peristiwa ayah semasa beliau bekerje ni sebuah pulau di kawansan Singapura. Ayah saya ni seorang auxiliary police disana. Sekarang dah pencen dah.

Cerita itu bermula bergini, semasa kecil saya di besarkan di sebuah pulau di perairan Singapura. Kami sekeluarga duduk di sebuah quarters disana. Kerana di pulau itu tidak mempunyai sekolah, kami berpindah ke Singapura. Rumah di pulau di pulangkan kepada syarikat dimana ayah saya bekerja. Selepas berapa tahun kami di beri peluang untuk pulang ke pulau itu untuk menetap disana. Kami diberi rumah quarters baru yang terletak diatas bukit kecil di hujung pulau.

Pada mula nya kami ingin berpindah tetapi entah macam mana, waktu dan tarikh untuk pindah selalunye tidak sesuai untuk kami sekeluarga. Satu hari, ayah saya mengajak kami pergi ke rumah itu. Ayah kata, “Kakak… Adik.. Besok kita gi tengok rumah baru kita ok?” Kami pun keseronokkan seperti budak-budak kecik balik kampong gitu.

Hari yang kami pergi melihat rumah, ayah dan emak saya berpesan, “pergi sane tolong mak curi rumah. Munkin rumah sini kita buat macam rumah hujun minggu saje. Untuk keluarga berehat gitu.” Ketika sedang berkemas mak saya rasa tak sedap. Mak bilang dengan ayah kita balik siang jangan balik bila dah nak mahgrib. Ayah pun mengiyakan saje. Jadi, apabila sudah habis berkemas, kami pun menuju ke jetty untuk menunggu hovercraft yang ketika itu menjadi kenderaan laut untuk ulang alik ke  Singapura.

Emak menoleh kea rah rumah kami apabila kami sedang berjalan ke jetty. Di dalam bot emak bersuara dengan ayah “Abang, ayang rasa ada yang tak kena lah dengan kawasan rumah tu. Dah lah tak ada satu orang pun yang tinggal di sana. Gelap aje. Dekat dengan tempat keras tu lagi (pualau yang saya duduk ini terdapat banyak misteri susah nak cerita kan semua). Baik-baik kalau abang nak balik tido dalam rumah ni ya abang.” Ayah pun mengangguk aje.

Keesokkan hari nya, ayah saya harus bekerja malam. Bila waktu rehat tiba, dia bergerak ke rumah kami yang baru dibersihkan semalam. Jalan menuju kerumah itu agak gelap tetapi ayah saya sudah terbiasa dengan pulau itu.

Pabila ayah saya di depan pintu rumah, tiba-tiba ayah saya terdengar bunyi semacam pinggan mangkuk pecah. Pada mulanya ayah saya ingatkan almari dapur roboh, kalang kabut ayah buka pintu. Keadaan rumah gelap gelita. Harapkan lampu dari tepi jalam. Alangkah terperanjat nya bapak saya kerana melihat tidak ada apa-apa yang pecah. Ayah pun menoleh ke arah dapur… Dia ternampak susuk hitam yang besar dan bermata merah.
Apa lagi kalang kabut ayah saya menutup pintu rumah. Sedang dia menuju ke motosikal nya, dia terdengar suara wanita menangis selepas itu suara orang ketawa dan yang paling seram.. Suara orang mengilai!! Apa lagi ayah saya cabut lah… Dia pulang semula ke bilik kawalan. Keesokan hari nya bila shift ayah sudah habis, dia memberitahu kawan-kawan kerja nya apa yang telah berlaku.

Diaorg berkata , “kita tak terkejut pun. Memang kau dah tau apa pulau ni macam mane. Kau tu aje yang degil tak nak percaya. Rumah kau tu, sebelum ini pun yang tukang cat rumah tu pun dah kena kacau. Diaorg perasan ada perempuan berpakaian putih melihat mereka berkerja. Pada waktu itu petang dalam 2++ petang gitu lah. Cabut lari budak-budak thai yang mengecat tu.”

Selepas cerita itu, ayah saya terus ke pejabat syarikat dan memulangkan kunci rumah. Ayah menberitahu mereka bahawa ayah saya senang duduk di Singapura.

Sekian. Insyallah saya akan tulis lagi kepada KC pengalaman-pengalaman lain yang  saya dan keluarga alami.

Selamat malam.


Regards,
Lil Haifa 619

(Posted by me)

Rantai Kapal


Sent: Monday, 13 February, 2012 5:05 PM
To: 'misterijam12@gmail.com.'
Cc: chubby_tini@hotmail.sg
Subject: Rantai Kapal

Salamz DJ KC,

Salam kepada semua pendengar MJ 12 and DJ KC.

Ingat saya lagi? Lil Haifa disini… Saya telah kembali lagi dgn sebuah cerita yang di alami oleh ibu saya ketika ibubapa saya baru berumahtangga

Kejadian ini terjadi 35 tahun yang lalu. Sebelum itu saya belum ada lagi. Ibu bapa saya baru berpindah ke sebuah pulau di perairan Singapura (KC jangan bilang pulau mane. Cuma KC sahaja yang tahu.). Sebenarnya banyak cerita mengenai pulau itu. Tidak semua orang yang tahu. Yang pernah duduk di situ pasti akan tahu.


Ketika itu mereka baru bernikah.

Pada malam pertama, arwah Datok Dolah (bapa kepada ayah saya) telah bermalam di situ. Bila malam tiba, biasalah semua mesti tidur. Bapa saya ketika itu suka menghasap rumah kerana suka dengan bau wangi kemenyan. Selepas beberapa jam, Datok Dolah terjaga kerna terdengar bunyi seperti rantai kapal diheret dilantai cement Ketika itu Datok Dolah tidur di hall rumah. Pada mulanya Datok Dolah saya ingatkan bunyi itu datang dari kapal yang berlabuh dekat dgn rumah ibu saya itu. Tapi kalau nak fikir balik, anak kapal atau kelasi yang ada di kapal itu semua telahpergi ke pulau besar Singapura kerna tempat penginapan mereka di asana. Datok Dolah jadi mushkil tetapi tidak berani membuka mata alau terlena. Keesokkan hari nya, Datok Dolah memberitahu pada bapa saya tetapi bapa saya ini degil orang nya. Dia kata itu semua mengarut. Bapa saya ni orangnya tak percaya pada benda-benda gini walaupun pernah terkena atau terjumpa bermacam – macam perkara aneh yang agak seram. Datok Dolah pun kerana tak selesa, keesokan hari dia pun pulang kerumah Pak Cik saya di Singapura.

Minggu berikutnya pula arwah Nenek Wok dan Datok Ali (ibu bapa kepada ibu saya) pula datang kerumah bermalam disana buat beberapa hari. Datok Ali pun terkena perkara yang sama dengan Datok Dolah. Merek juga tidur di hall rumah kerana angina laut dari hall lebih nyaman dan sejuk. Datok Ali terdengar bunyi rantai kapal juga tetapi ini kali dia juga terdengar suara seperti orang yang sedang bernafas dengan kuat nya. Datok Ali buat tak dengar lalu tidur. Untuk penetahuan semua, arwah Datok Ali saya ni dulu pandai mengubat orang boleh lah sikit-sikit. Keesokkan hari nya dia memberitahu ibu bapa saya. Sekali lagi bapa saya tak percaya. Datuk Ali cakap, “Lan, kau tak percaya Wak kan? Malam ni kau jangan pergi kerje. Wak tunjuk kan kau.”

Malam pun tiba, seperti biasa bapa saya mengasap seluruh rumah dengan asap kemenyan. Ibu berkata, ketika itu ibu dan Nenek Wok saya di suruh dudk di dalam bilik sahaja. Jangan keluar dari bilik itu walau pun apa yang terjadi. Dalam pukul 1 pagi, kawasan rumah agak sunyi. Datok Ali pun mula kan. Datok menyuruh bapa saya meletak kemenyan pada bara api yang panas dan meletakkan ia ditengah-tengah rumah tamu.
Datok membeli isyarat kepada bapak saya supaya diam dan dengar. Dalam 5 min gitu, terdengar dengan jelas bunyi seperti rantai kapal. Bapa saya terkejut. Ingain memangggil Datok tetapi Datok memberi isyarat suruh dia kepada bapa. Selang bunyi rantai itu, terdengar bunyi seperti org yang sedang bernafas dengan sangat kuat. Muka bapa semakin pucat. Bapa saya bangun dan beralih tempat. Sekarang dia duduk bersebelahan Datok saya.

Datok berbisik pada bapa, “Dia tak kacau. Cuma gitu-gitu aje. Dulu dia tinggal sini. Sekarang kau ambik alih rumah dia. Dah tak tau mane nak pergi. Dah nanti hilang lah dia. Besok boleh Wak cerita”.

Ke esokkan hari nya, bapak saya pun Tanya, “ Semalam apa tu Wak?” Datok pun berkata, “Oh itu hantu laut, dia dulu duduk rumah ni, kau masuk tak semah kan? Dah kalau nak benda gini gi jauh-jauh, tiap malam Jumaat ada kan kenduri doa selamat dan baca yassin. Insyallah semua akan selamat. Wak pun semalam dah pagar kan rumah ni. Cuma luar rumah aje lah Wak tak pagar. Jaga-jaga aje. Banyak kan solat.”

Apa yang ibu saya cakap, buat beberapa bulan kejadian itu berlarutan tetapi semakin lame semakin kurang hingga lah saya dilahirkan terus kejadian itu berhenti dengan sendirinya.

Sekian…

Terima Kasih Kc

Lil Haifa

(Posted by me)

Cokelat M&M Hilang


Tuesday, August 18, 2009

Cokelat M&M Hilang

Salamz....

Selamat malam kepada DJ KC dan pendengar MJ 12.

Ini kisah kedua yang saya ingin kongsi bersama anda sekelian.

Dahulu semasa saya baru berpindah ke rumah baru, rumah saya memang banyak gangguan halus yang berlaku walaupun telah disemah. Beberapa kali di waktu malam sewaktu suami tiada di rumah, saya akan ternampak bayang-bayang hitam di ruang tamu saya apabila saya sedang menonton tv. Kadangkala apabila saya seperti kesunyian atau dalam kesedihan, seperti ada sesuatu yang duduk di tepi saya seperti menemani saya. 

Saya kadangkala juga terdengar tawa anak kecil yang datangnya dari salah satu bilik rumah saya. Bila saya beritahu abang angkat saya yang arif dalam hal-hal begini, dia kata ada dua makhluk di dalam rumah saya (sebenarnya ada benda-benda lain yang seram lagi ada di dalam rumah saya, cuma abang tidak mahu beritahu kerana saya ni lemah semangat orangnya). Satu nenek tua dan cucunya. "Mereka" tak mengganggu cuma sebagai penjaga, selama ini "mereka"menjaga rumah dan telah menemani saya. Tapi tempat mereka bukan di rumah saya.

Sebelum abang saya nak semah rumah tu (kerana sebelum ini rumah itu telah disemah oleh orang lain), saya seperti tergerak hati ingin memberitahu nenek dengan cucunya terima kasih kerana menjaga saya sewaktu suami saya tidak ada di rumah. Jadi entah macamana tiba-tiba tergerak nak bagi cokelat M&M. Malam tu saya pun membuka satu paket M&M dan diletakkan cokelat itu ke dalam mangkuk kaca dan dibiarkan di atas meja ruang tamu saya. Sebelum saya masuk tidur, saya bersuara seperti saya berbual dengan seseorang tapi saya boleh rasakan mereka ada dan sedang memerhatikan gerak-geri saya. Saya berkata, " Nenek terima kasih. Kalau cucu nenek nak cokelat tu ambillah... " Terus saya masuk dalam bilik dan tidur.

Keesokan harinya, bila saya bangun tidur saya telah ke dapur dan tak teringat apa-apa... Sekali sedang saya menyiapkan sarapan teringat cokelat M&M tu. Kelam-kabut saya bergegas untuk melihat. Terperanjat saya, cokelat M&M tu hilang. Takkan ada orang lain ambil? Saya duduk seorang dengan suami di rumah. Masa tu pun suami belum pulang dari bertugas malam. Siapa eh? Nak kata semut ke lipas ke cicak. Hmmm tak masuk akalkan??? Begitulah... Malam tu abang angkat saya datang dan menyemah rumah itu. Jadi sampai sekarang tidak ada lagi gangguan di dalam rumah lagi. Cuma gangguan di luar rumah sahaja.

Sekian sampai di sini sahaja cerita saya... Insyallah lain kali saya akan cerita lagi pengalaman seram saya mengenai rumah saya dan pengalaman memancing saya... 

Wassalam...

Yang Benar,
Lil Haifa 619

TERIMA KASIH LIL HAIFA!!!

(Posted by me)

Ketuk Tingkap


Tuesday, August 18, 2009

Ketuk Tingkap

Salamz...

Selamat malam kepada DJ KC dan pendengar MJ 12.

Setiap tahun semasa musim Haji, mesti ada satu kejadian aneh yang akan berlaku di rumah saya. Pada satu hari saya terlelap tidur ketika mendengar MJ12. Tiba-tiba saya terbangun dari tidur setelah mendengar ketukan dan gegaran yang amat kuat di tingkap. Masa tu jam di telefon bimbit saya menunjukkan waktu pukul 02.30 pagi.

Untuk pengetahun semua, katil saya terletak di bawah tingkap. Gegaran di tingkap itu begitu kuat sekali sampai tingkap seperti nak tercabut. Tak tahu apa benda itu. Nak kata angin kencang tak ada bunyi deruan angin pada malam tu. Pelik juga apa benda tu. Yang peliknya tingkap rumah saya ni semua digegarkan benda tu. Tapi kalau angin semua tingkap mesti bergegar sama kan? Ini tidak... Ini tingkap digegar bergilir-gilir. Dari tingkap dapur ke tingkap bilik, ke tingkap "hall" dan terus ke tingkap bilik lagi satu. Semuanya bergilir-gilir sampai pagi. Bila saya putarkan ayat-ayat suci dari telefon bimbit saya, perkara yang sama tetap berlaku hingga ke Subuh... Nasib baik tak ada perkara lain yang berlaku. 

Yang Benar,
Lil Haifa 619

TERIMA KASIH LIL HAIFA!!!


(Posted by me)

Kanak-Kanak Kecil Dalam Pejabat


Thursday, February 23, 2012

Kanak-Kanak Kecil Dalam Pejabat

Salam KC,

Di sini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman yang saya alami hingga sekarang. Cerita ini taklah seram sangat. Cuma hanya ingin berkongsi dengan anda sahaja. Saya sudah dua tahun bekerja di sebuah pejabat di kawasan Raffles Place. Saya tidak terkena gangguan. Cuma saya menyedari sahaja bahawa ada makhluk halus lain yang ada bersama saya di dalam pejabat saya.

Saya selalu tiba di pejabat sekitar jam 6.30 pagi. Saya suka datang awal kerana ada hal-hal urusan kerja yang tidak boleh saya buat semasa pekerja lain ada di dalam pejabat. Pada waktu sedemikian, suasana di kawasan Raffles Place sememangnya masih gelap dan belum ramai lagi pekerja di pejabat. Pejabat saya pula terletak di tingkat sebelas dan agak sunyi dan malap. Kerana sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian, saya tidak terfikir apa-apa.

Pada bulan pertama saya mula bekerja, tidak ada apa-apa masalah, gangguan ataupun kejadian aneh. Bulan berikutnya, perkara aneh mula bermula. Setibanya saya di pejabat, saya menghidupkan lampu di bilik mesyuarat sahaja. Saya biarkan saja kawasan meja saya gelap kerana saya senang membuat kerja di dalam keadaan gelap dan sunyi. Senang untuk saya menumpukan konsentrasi. Tidak ada orang yang mengganggu.

Sedang khusyuk membuat kerja di depan komputer, tiba-tiba terdengar seperti seseorang sedang menggunakan komputer juga. Kibod komputer dihentak-hentak. Bunyinya agak jelas. Saya pun tidak menghiraukannya. Selepas itu terdengar pula seperti bunyi seseorang sedang bermain-main dengan langsir plastik yang disangkut di tingkap pejabat. Saya pun buat tak endah. Saya masih teruskan membuat kerja saya.

Saya teringat pesan orang tua-tua. Buat bodoh saja. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Semakin lama, semakin kuat bunyinya. Tergerak hati ingin menghidupkan lampu. Tapi saya lupakan sahaja. Saya meneruskan kerja saya. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak ketawa seperti kesukaan sambil berbisik-bisik di antara satu sama lain. Berdiri bulu roma saya.

Tetapi saya tetap tergerak hati ingin melihat apa sebenarnya yang membuat bising. Bila saya bangun saja dari kerusi saya untuk menuju ke ruang lain, bunyi itu hilang. Apabila saya menjenguk, tidak ada apa-apa pun. Apabila saya pulang ke meja saya, terdengar bunyi budak ketawa lagi. Di dalam gelap ditemani lampu yang datang dari bilik mesyuarat, saya ternampak dua sosok bayang hitam. Ia seperti tubuh kanak-kanak kecil di belakang sebuah tembok di dalam pejabat saya. Wajah mereka kurang jelas. Entah macamana, tiba-tiba saya memberi salam dan berkata, “Kau nak main, mainlah. Jangan ganggu aku bekerja. Aku datang sini hendak mencari rezeki.” Selepas itu saya pulang ke meja. Terasa juga seperti ada yang melihat tetapi saya buat bodoh saja.

Pernah seorang kawan saya, Yana, datang ke pejabat saya untuk menemani saya bekerja. Dia berkata, “Babe, pejabat kau ni ada budak-budak eh? Aku tengok mereka bermain-main di belakang tu.” Kawan saya ni boleh melihat apa yang kita tak nampak. Saya sudah terbiasa dengan perkara ini semua. Saya pun menjawab kawan saya, “SShhh... Biarlah mereka hendak buat apa di belakang tu. Asalkan tak ganggu aku sudah...” Kawan saya Yana bersuara lagi, “Aiii??? Main jenguk-jenguk pulak???” “Mereka ada di mana sekarang?” saya bertanya pada Yana. Yana pun menjawab, “Tu... Belakang tempat bos kau duduk tu...” Selepas mendengar apa yang Yana katakan, saya hanya tersenyum.

Hingga ke hari ini, masih kedengaran bunyi-bunyian yang aneh itu walaupun di waktu petang, bermula pukul 12 tengahari jika tidak ada orang.

Terima kasih

Lil Haifa 619

TERIMA KASIH LIL HAIFA!!!
(My latest story posted - Me)

Kisah Seram Ketika Pancing & Kalimah Allah Di Batu Di Changi


Friday, October 30, 2009


Kisah Seram Ketika Pancing & Kalimah Allah Di Batu Di Changi

Salamz... 

Selamat malam kepada semua pendengar MJ12 dan juga kepada DJ KC. 

Saya kembali lagi dengan buah cerita yang telah saya alami. 

*************************************************************************************

Kisah pertama ini berlaku di bulan Julai 2009 yang lalu. Saya suami isteri memang minat memancing. Pada waktu itu saya, suami dan seorang adik angkat saya telah pergi memancing di tepi pantai Changi. Kami tiba di sana di waktu petang. Biasalah bila dah sampai sana apa lagi, kami pasang khemah dan menyiap barang-barang pancing kami. Tapi rupanya pada hari tu hujan turun tak henti setelah 3 jam kami berada di sana. Hujan berlarutan hinggalah ke lewat malam. Kami memang berniat memancing 2 hari tapi keadaan begini mengundang kami pulang pada keesokan harinya.Bila malam tiba, biasalah kalau dah kaki pancing, masih memancing walau pun hujan turun. Kami bertiga berteduh di dalam khemah dan kami biarkan kesemua 7 joran kami tersusun tegak di tepi pantai. Kami tidak tutup pintu khemah jadi kami boleh melihat hujan yang turun dengan lebat sekali. Walaupun hujan tapi suasana tak gelap sangat kerana pancaran dari lampu di jalanraya. Dari khemah, kami masih boleh melihat joran kami di luar dari jauh. Berlampukan lampu yang khas untuk khemah, kami semua duduk di dalam menghadap laut, sambil berbual dan berborak-borak, saya beralih pandangan ke joran kami.

Di dalam hujan, saya ternampak bahawa salah satu dari joran suami telah diangkat dan seperti seseorang sedang memancing ikan. Tetapi tidak kelihatan. Saya terus suruh suami dan adik angkat saya melihat, "Korang tengok kat joran tu. Korang nampak apa yang aku nampak?" Mereka terus diam. Suami pula lagi boleh buat lawak. Dia berkata, "Sudah biarkan. Tempat dah gelap. Harapkan lampu jalan. 'Dia' nak join pancing biarkan lah. Mana tahu dapat ikan. Mana tahu dia tak pernah 'try' pancing 'pakai' joran... Hehehe... Jangan tegur lah. Sekali dia jelma depan mata lagi satu kerja. Dah buat bodoh. Awak tu lemah semangat..." 

Selepas suami kata begitu sambil kami memerhatikan joran itu, tiba-tiba seperti benda itu tahu yang kami melihat apa yang dia buat dan terus joran itu dia letak kembali semula ke tempat asal. Ingatkan dah berhenti. Rupanya selang setengah jam dari kejadian itu satu dari joran saya pula dibuat main. Tapi joran saya semua ada saya letak loceng. Jadi bila benda itu seperti bermain dengan joran saya, locengnya berbunyi. Selepas itu ia berhenti. Ia seakan-akan ingin mencuba semua joran itu. Kelakar tapi menyeramkan kerana tidak dapat melihat.
Inilah satu kejadian yang saya alami ketika memancing. 

*************************************************************************************
 

Di sini juga saya telah sertakan sebuah gambar semasa saya memancing di satu tempat yang juga di kawasan Changi. Semasa waktu senja baru saya tersedar perkara ini. Di sebuah batu besar berhampiran di mana saya dan suami berpancing, kami berdua telah melihat kebesaran Allah SWT dan kejadian alam di mana di atas batu di gambar ini, kami telah melihat kalimah "Allah" terukir. Saya telah membuat kotak merah di gambar itu jadi boleh DJ KC lihat dengan lebih jelas lagi.
 

Sampai di sini buat kali ni... Terima Kasih...

Yang Benar,

Lil Haifa 619

TERIMA KASIH LIL HAIFA!!!
(Posted by me)