Sent: Monday, 13 February, 2012 5:05 PM
To: 'misterijam12@gmail.com.'
Cc: chubby_tini@hotmail.sg
Subject: Rantai Kapal
To: 'misterijam12@gmail.com.'
Cc: chubby_tini@hotmail.sg
Subject: Rantai Kapal
Salamz DJ KC,
Salam kepada semua pendengar MJ
12 and DJ KC.
Ingat saya lagi? Lil Haifa
disini… Saya telah kembali lagi dgn sebuah cerita yang di alami oleh ibu saya
ketika ibubapa saya baru berumahtangga
Kejadian ini terjadi 35 tahun
yang lalu. Sebelum itu saya belum ada lagi. Ibu bapa saya baru berpindah ke
sebuah pulau di perairan Singapura (KC jangan bilang pulau mane. Cuma KC sahaja
yang tahu.). Sebenarnya banyak cerita mengenai pulau itu. Tidak semua orang
yang tahu. Yang pernah duduk di situ pasti akan tahu.
Ketika itu mereka baru bernikah.
Pada malam pertama, arwah Datok
Dolah (bapa kepada ayah saya) telah bermalam di situ. Bila malam tiba, biasalah
semua mesti tidur. Bapa saya ketika itu suka menghasap rumah kerana suka dengan
bau wangi kemenyan. Selepas beberapa jam, Datok Dolah terjaga kerna terdengar
bunyi seperti rantai kapal diheret dilantai cement Ketika itu Datok Dolah tidur
di hall rumah. Pada mulanya Datok Dolah saya ingatkan bunyi itu datang dari
kapal yang berlabuh dekat dgn rumah ibu saya itu. Tapi kalau nak fikir balik,
anak kapal atau kelasi yang ada di kapal itu semua telahpergi ke pulau besar
Singapura kerna tempat penginapan mereka di asana. Datok Dolah jadi mushkil
tetapi tidak berani membuka mata alau terlena. Keesokkan hari nya, Datok Dolah
memberitahu pada bapa saya tetapi bapa saya ini degil orang nya. Dia kata itu
semua mengarut. Bapa saya ni orangnya tak percaya pada benda-benda gini
walaupun pernah terkena atau terjumpa bermacam – macam perkara aneh yang agak
seram. Datok Dolah pun kerana tak selesa, keesokan hari dia pun pulang kerumah
Pak Cik saya di Singapura.
Minggu berikutnya pula arwah
Nenek Wok dan Datok Ali (ibu bapa kepada ibu saya) pula datang kerumah bermalam
disana buat beberapa hari. Datok Ali pun terkena perkara yang sama dengan Datok
Dolah. Merek juga tidur di hall rumah kerana angina laut dari hall lebih nyaman
dan sejuk. Datok Ali terdengar bunyi rantai kapal juga tetapi ini kali dia juga
terdengar suara seperti orang yang sedang bernafas dengan kuat nya. Datok Ali
buat tak dengar lalu tidur. Untuk penetahuan semua, arwah Datok Ali saya ni
dulu pandai mengubat orang boleh lah sikit-sikit. Keesokkan hari nya dia
memberitahu ibu bapa saya. Sekali lagi bapa saya tak percaya. Datuk Ali cakap,
“Lan, kau tak percaya Wak kan? Malam ni kau jangan pergi kerje. Wak tunjuk kan
kau.”
Malam pun tiba, seperti biasa
bapa saya mengasap seluruh rumah dengan asap kemenyan. Ibu berkata, ketika itu
ibu dan Nenek Wok saya di suruh dudk di dalam bilik sahaja. Jangan keluar dari
bilik itu walau pun apa yang terjadi. Dalam pukul 1 pagi, kawasan rumah agak
sunyi. Datok Ali pun mula kan. Datok menyuruh bapa saya meletak kemenyan pada
bara api yang panas dan meletakkan ia ditengah-tengah rumah tamu.
Datok membeli isyarat kepada
bapak saya supaya diam dan dengar. Dalam 5 min gitu, terdengar dengan jelas
bunyi seperti rantai kapal. Bapa saya terkejut. Ingain memangggil Datok tetapi
Datok memberi isyarat suruh dia kepada bapa. Selang bunyi rantai itu, terdengar
bunyi seperti org yang sedang bernafas dengan sangat kuat. Muka bapa semakin
pucat. Bapa saya bangun dan beralih tempat. Sekarang dia duduk bersebelahan
Datok saya.
Datok berbisik pada bapa, “Dia
tak kacau. Cuma gitu-gitu aje. Dulu dia tinggal sini. Sekarang kau ambik alih
rumah dia. Dah tak tau mane nak pergi. Dah nanti hilang lah dia. Besok boleh
Wak cerita”.
Ke esokkan hari nya, bapak saya
pun Tanya, “ Semalam apa tu Wak?” Datok pun berkata, “Oh itu hantu laut, dia
dulu duduk rumah ni, kau masuk tak semah kan? Dah kalau nak benda gini gi
jauh-jauh, tiap malam Jumaat ada kan kenduri doa selamat dan baca yassin.
Insyallah semua akan selamat. Wak pun semalam dah pagar kan rumah ni. Cuma luar
rumah aje lah Wak tak pagar. Jaga-jaga aje. Banyak kan solat.”
Apa yang ibu saya cakap, buat
beberapa bulan kejadian itu berlarutan tetapi semakin lame semakin kurang
hingga lah saya dilahirkan terus kejadian itu berhenti dengan sendirinya.
Sekian…
Terima Kasih Kc
Lil Haifa
(Posted by me)
No comments:
Post a Comment