Tuesday, April 24, 2012

Kisah Seram Ketika Pancing & Kalimah Allah Di Batu Di Changi


Friday, October 30, 2009


Kisah Seram Ketika Pancing & Kalimah Allah Di Batu Di Changi

Salamz... 

Selamat malam kepada semua pendengar MJ12 dan juga kepada DJ KC. 

Saya kembali lagi dengan buah cerita yang telah saya alami. 

*************************************************************************************

Kisah pertama ini berlaku di bulan Julai 2009 yang lalu. Saya suami isteri memang minat memancing. Pada waktu itu saya, suami dan seorang adik angkat saya telah pergi memancing di tepi pantai Changi. Kami tiba di sana di waktu petang. Biasalah bila dah sampai sana apa lagi, kami pasang khemah dan menyiap barang-barang pancing kami. Tapi rupanya pada hari tu hujan turun tak henti setelah 3 jam kami berada di sana. Hujan berlarutan hinggalah ke lewat malam. Kami memang berniat memancing 2 hari tapi keadaan begini mengundang kami pulang pada keesokan harinya.Bila malam tiba, biasalah kalau dah kaki pancing, masih memancing walau pun hujan turun. Kami bertiga berteduh di dalam khemah dan kami biarkan kesemua 7 joran kami tersusun tegak di tepi pantai. Kami tidak tutup pintu khemah jadi kami boleh melihat hujan yang turun dengan lebat sekali. Walaupun hujan tapi suasana tak gelap sangat kerana pancaran dari lampu di jalanraya. Dari khemah, kami masih boleh melihat joran kami di luar dari jauh. Berlampukan lampu yang khas untuk khemah, kami semua duduk di dalam menghadap laut, sambil berbual dan berborak-borak, saya beralih pandangan ke joran kami.

Di dalam hujan, saya ternampak bahawa salah satu dari joran suami telah diangkat dan seperti seseorang sedang memancing ikan. Tetapi tidak kelihatan. Saya terus suruh suami dan adik angkat saya melihat, "Korang tengok kat joran tu. Korang nampak apa yang aku nampak?" Mereka terus diam. Suami pula lagi boleh buat lawak. Dia berkata, "Sudah biarkan. Tempat dah gelap. Harapkan lampu jalan. 'Dia' nak join pancing biarkan lah. Mana tahu dapat ikan. Mana tahu dia tak pernah 'try' pancing 'pakai' joran... Hehehe... Jangan tegur lah. Sekali dia jelma depan mata lagi satu kerja. Dah buat bodoh. Awak tu lemah semangat..." 

Selepas suami kata begitu sambil kami memerhatikan joran itu, tiba-tiba seperti benda itu tahu yang kami melihat apa yang dia buat dan terus joran itu dia letak kembali semula ke tempat asal. Ingatkan dah berhenti. Rupanya selang setengah jam dari kejadian itu satu dari joran saya pula dibuat main. Tapi joran saya semua ada saya letak loceng. Jadi bila benda itu seperti bermain dengan joran saya, locengnya berbunyi. Selepas itu ia berhenti. Ia seakan-akan ingin mencuba semua joran itu. Kelakar tapi menyeramkan kerana tidak dapat melihat.
Inilah satu kejadian yang saya alami ketika memancing. 

*************************************************************************************
 

Di sini juga saya telah sertakan sebuah gambar semasa saya memancing di satu tempat yang juga di kawasan Changi. Semasa waktu senja baru saya tersedar perkara ini. Di sebuah batu besar berhampiran di mana saya dan suami berpancing, kami berdua telah melihat kebesaran Allah SWT dan kejadian alam di mana di atas batu di gambar ini, kami telah melihat kalimah "Allah" terukir. Saya telah membuat kotak merah di gambar itu jadi boleh DJ KC lihat dengan lebih jelas lagi.
 

Sampai di sini buat kali ni... Terima Kasih...

Yang Benar,

Lil Haifa 619

TERIMA KASIH LIL HAIFA!!!
(Posted by me)

No comments:

Post a Comment